Friday, March 2, 2012

Beer Halal

Pagi-pagi lagi saya dah terasa nak minum air sarsi. Tekak ni rasa nak kata haus pun tidak. Padahal baru je lepas sarapan.

Jalan punya jalan sampai stesen LRT ternampak vending mechine. Umpama orang mengantuk disorong bantal la. Terus je beli air ROOT BEER HALAL ni.

Yer.. Yang ni memang halal. Ada cop halal Jakim lagi. Dahla harganya cuma seringgit. Memang Yang Maha Mengetahui itu tau isi hati ini.

Ok la.. Jalan dulu ye. Moga jumaat ni memberikan seribu makna buat kita.

Continue Reading...

Monday, February 20, 2012

Septkaemic Shock

Sumber : http://www.sepsiscast.com

Pagi ni dapat berita dari Admin. Seorang rakan meninggal dunia akibat Septkaemic Shock. Itu sahaja penjelasannya, tiada maklumat lanjut mengenai penyakit yang dialami. Maklumat lain, beliau telah dikebumikan semalam.

Berbantukan pakcik google, saya mencari apakah Septkaemic Shock? Septkaemic Shock adalah satu keadaan serius yang berlaku apabila pesakit dijangkiti virus dalam darah lalu membawa kepada tekanan darah rendah yang mengancam nyawa.

Macam mana boleh berlaku? Bakteria boleh menjangkiti pesakit yang berada di hospital. Oleh kerana banyaknya bakteria di hospital, kebarangkalian untuk pesakit dijangkiti amat tinggi. Biasanya bakteria ini akan menyerang paru-paru dan saluran kencing.

Apabila bakteria masuk di dalam darah melalui luka kulit, infection mungkin berlaku pada organ dalam badan. Orang yang sihat biasanya mempunyai antibodi yang boleh membunuh bakteria ini, tapi berbeza dengan orang yang sakit.Sistem imune yang tidak kuat akan mengakibatkan bakteria boleh membiak dengan cepat.

Akibat dari pembiakan bakteria dalam darah ini akan menyebabkan beberapa organ dalam badan kita akan terganggu. Ini kerana bakteria ini akan menyebabkan darah kita mengandungi toksid. Keadaan ini akan mengurangkan tekanan darah.

Kegagalan darah bermakna, akan gagal sistem pengangkutan dalam badan bagi membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh badan kita. Akhirnya organ dalam badan seperti buah pinggang, jantung, hati dan otak akan gagal berfungsi.

Pesakit yang berisiko mengalami Septkaemic Shock ini ialah bayi yang baru lahir, warga emas, perempuan mengandung, orang yang sakit berpanjangan dan mereka yang mempunyai sistem imune yang rendah seperti pesakit HIV.

Tanda-tanda Septkaemic Shock

  • Suhu badan panas 38 darjah dan ke atas.
  • Suhu badan terlalu rendah 36 darjah dan kebawah.
  • Tekanan darah yang rendah terutama ketika berdiri.
  • Degupan jantung yang laju mendadak.
  • Pernafasan yang sangat laju.
  • Kulit menjadi kebiruan akibat darah tidak berjalan.
  • Berlaku keadaan kekeliruan yang tiba-tiba.
  • Penat dan lemah.

Jika terdapat tanda-tanda yang ditunjukkan di atas bersegeralah jumpa doktor. Septkaemic Shock boleh membawa maut macam kawan saya tu. Takziah dari saya sekeluarga untuk keluarga Allayarham Hamzah b Mahmud.

Rujukan :

1. http://www.nhs.uk/Conditions/Septic-shock
2. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000668.htm
3. http://www.gpnotebook.co.uk/simplepage.cfm?ID=483393568&linkID=30563&cook=no&mentor=1
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Septic_shock
Continue Reading...

Monday, February 13, 2012

Yok Ngesop


Yok ngesop adalah perkataan Bahasa Jawa bagi mengajak kita makan sup. Saya sangat suka sup terutamanya sup ekor.

Apa menariknya gerai yok Ngesop ni? Selain dari supnya yang memang kaw, kelainan dapat dirasakan apabila yang masak adalah orang Jawa.

Masakan orang jawa tak sah kalau tak ada sambal kicap. Makan sup dengan sambal kicap memang terangkat.
Continue Reading...
 

Dengan Cintanya

Tanpa cintanya, aku tidak dapat berbuat apa-apa, dengan cintanya, tidak ada yang tidak dapat aku lakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cintai Kehidupan

Cintailah kehidupan, dan kehidupan akan mencintai anda. Cintailah orang lain, dan mereka akan mencintai anda.

Hal Kecil

Dalam hidup ini kita tidak dapat melakukan hal yang besar, kita hanya dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar.

Tulisan IRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template